Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Rombongan Kem. kesihatan bertadarus di Hospital SSB

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 APRIL – Kementerian Kesihatan telah meneruskan Majlis Tadarus Al-Quran ke Daerah Belait, hari ini, yang berlangsung di Hospital Suri Seri Begawan (SSB).

    Mengetuai rombongan pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, pengarah dan pegawai serta kakitangan dari kementerian berkenaan.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan diikuti dengan bacaan tadarus dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Seterusnya majlis disusuli dengan penyampaian derma kepada 12 orang anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.

    Majlis tadarus tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh kementerian berkenaan di seluruh negara sempena bulan Ramadan, pada masa yang sama bertujuan mengukuhkan hubungan antara kementerian dan pegawai-pegawai di hospital yang terlibat.

    Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham pada Majlis Tadarus Al-Quran yang berlangsung di Hospital Suri Seri Begawan kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa memimpin bacaan Surah Al-Fatihah pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...