Wednesday, October 4, 2023
29.8 C
Brunei

    -

    Rombongan Kementerian Kesihatan bertadarus di Masjid Kg Serdang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan majlis bertadarus dan penyerahan sumbangan wakaf sempena bulan Ramadan di Masjid Kampung Serdang. 

    Majlis diadakan untuk mengimarahkan dan menyemarakkan lagi bulan mulia dan mubarak ini, di samping mendapatkan keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Yang Berhormat Dato turut menyempurnakan penyampaian wakaf berupa water jet, komputer riba dan pencetak kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Serdang, Haji Mohd Khairul Azmy bin Haji Bakar.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; pengarah-pengarah, berserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyerahkan sumbangan wakaf kepada Haji Mohd Khairul Azmy. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...