Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rombongan KHEU hadiri persidangan di Arab Saudi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Lima orang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) kelmarin, telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah yang akan bermula esok hingga 12 Januari di Jeddah Superdome, Arab Saudi.

    Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan berkenaan juga akan menghadiri Majlis Penandatanganan Perjanjian Persefahaman Pengurusan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1444H/2023M (peringkat Menteri).

    Penandatanganan berkenaan adalah hasil daripada Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M yang telah diadakan secara dalam talian pada 27 Disember lalu.

    Pegawai-pegawai yang ikut serta dalam rombongan tersebut ialah Pengarah Urusan Haji, Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Konsultan Perubatan Dalaman, Kementerian Kesihatan, Dr Haji Muhd Nurhasanuddin bin Abdullah Kelali; Naib Presiden (Perhubungan Kerajaan dan Antarabangsa), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Ilyas Rory Teo; Penolong Pegawai Ugama, Jabatan Urusan Haji, Haji Muhammad Izzuddin bin Haji Abdul Rani; dan Pegawai Hal Ehwal Masjid di KHEU, Awang Mohammad Masdi bin Rosli.

    Dengan menghadiri persida-ngan dan pameran berkenaan, seterusnya menandatangani perjanjian persefahaman, ia dihasratkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang telah sedia terjalin antara kedua-dua buah negara.

    Rombongan dijangka pulang ke tanah air pada 15 Januari depan.

    Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama bergambar ramai bersama rombongan KHEU yang berlepas ke Arab Saudi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...