Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Rombongan KHEU hadiri Seminar Ulama Asia Tenggara 2022

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Rombongan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini telah menghadiri Seminar Ulama Asia Tenggara 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

    Seminar berkenaan dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia dengan kerjasama Muslim World League (MWL).

    Rombongan KHEU terdiri daripada Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku ketua rombongan dan Ketua Bahagian Antarabangsa dan MABIMS, KHEU, Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim.

    Seminar dijangka dihadiri oleh 1,000 peserta dari kalangan pemimpin dan cendekiawan Islam dari 20 buah ne-gara termasuk Malaysia dengan tema ‘Kesatuan Ummah’.

    Antara objektif seminar adalah untuk membangunkan wawasan tamadun bersama untuk penyatuan nilai perpaduan dan kesederhanaan dalam masyarakat selain membanteras ancaman pemikiran ekstremisme.

    Di samping itu, ia juga bertujuan mengubah konflik antara kepelbagaian politik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan, dan merangka program praktikal, inisiatif dan cadangan untuk memastikan kemapanan yang berkesan bagi mencapai objektif forum serta membina rangkaian peserta.

    Penyertaan Negara Brunei Darussalam ke seminar tersebut dihasratkan dapat menjalin rangkaian yang bermanfaat untuk kepentingan negara khususnya dengan rakan-rakan sejawat serta para cendekiawan Islam dari rantau Asia Tenggara.

    Wakil KHEU telah berlepas ke Kuala Lumpur kelmarin dan hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Turut menghadiri seminar tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang dan pegawai-pegawai kanan KHEU.

    Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bersama rombongan meninggalkan negara bagi menghadiri seminar Ulama Asia Tenggara 2022, Kuala Lumpur, kelmarin.- Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...