Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rombongan KKBS bertadarus di MRSB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, hari ini.

    Rombongan KKBS diketuai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Program Tadarus Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Juzuk 7 secara bergilir-gilir serta disusuli dengan bacaan doa menghindari wabak COVID-19 dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan wakaf dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan para pengarah bahagian dan jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemaah MRSB.

    Program berkenaan diselenggarakan oleh KKBS dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir MRSB.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan wakaf kepada imam MRSB.
    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan mengetuai rombongan kementerian pada majlis bertadarus Al-Quran di MRSB kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...