Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Rombongan KSSUP bertadarus di Masjid SSBRPAD

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), Kampung Manggis Madang sempena bulan Ramadan bagi tahun 1443 Hijrah/2022 Masihi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap I, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf berupa peralatan-peralatan keperluan masjid daripada warga KSSUP yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

    Seterusnya, bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai, kemudian majlis disudahi dengan solat Fardu Asar berjemaah.

    Aktiviti bertadarus berkenaan merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam bulan Ramadan yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan keberkatan daripada Allah SWT.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali menyampaikan sumbangan wakaf kepada Awang Nuzli pada majlis tadarus yang diadakan di Masjid SSBRPAD, Kampung Manggis Madang kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...