Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Rombongan pertama umrah berlepas ke Arab Saudi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Satu rombongan jemaah umrah yang dikendalikan oleh Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), selaku pengendali haji dan umrah di Brunei, telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ke Arab Saudi, hari ini, untuk menunaikan ibadah umrah dan menandakan rombongan umrah pertama bagi 1443H/2022M.

    DHSB dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan, dengan pembukaan semula umrah pada masa ini, lebih ramai lagi penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam dijangka akan menunaikan ibadah di kota suci Mekah dan Madinah.

    Sejak sekatan perjalanan dilonggarkan, dan bertepatan dengan musim cuti persekolahan pada Mei ini, ia juga menjadikan tempahan tiket melambung tinggi dengan pelbagai tawaran pakej yang berpatutan.

    Ini memberi peluang terbaik kepada DHSB untuk menawarkan pakej umrah kepada orang ramai.

    Sementara itu, penerbangan kedua bagi rombongan jemaah umrah akan berlepas pada 18 Mei nanti.

    Bagi perjalanan umrah pada tahun ini, DHSB memaklumkan orang ramai bahawa jadual pakej umrah suku ketiga dan keempat akan dikeluarkan tidak lama lagi, dan tempat duduk masih tersedia bagi mereka yang berminat untuk menyertainya.

    Rombongan jemaah umrah semasa sesi bergambar ramai di Ruang Legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Arab Saudi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...