Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rombongan sekolah selami budaya Oman

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Dengan matlamat untuk mempelajari mengenai sejarah dan budaya Kesultanan Oman, rombongan seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan ke Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Lawatan rombongan pelajar yang diiringi oleh guru mereka itu merupakan usaha berterusan Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam untuk menjalinkan hubungan dengan warga dan penduduk Negara Brunei Darussalam dalam rangka kerja diplomasi awam.

    Usaha itu merupakan peralatan yang efektif untuk membantu meningkatkan kefahaman mengenai negara dan budaya masing-masing. Semasa lawatan berkenaan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari menyampaikan mengenai aspek tarikan pelancongan dan kebudayaan Kesultanan Oman termasuk lokasi geografinya, keindahan alam semula jadinya dan kepelbagaian landskapnya serta juga warisan menarik dan kekayaan budayanya.

    Beliau turut menerangkan mengenai beberapa persamaan antara Kesultanan Oman dan Negara Brunei Darussalam termasuk pemerintahan sultani yang diamalkan oleh kedua-dua buah negara serta usaha kedua-dua buah negara menuju ke arah pemodenan sambil mengekalkan identiti kebudayaan unik masing-masing. TYT Sheikh Ahmed turut menerangkan mengenai perkembangan hubungan dua hala yang pesat antara kedua-dua buah negara.

    TYT Sheikh Ahmed dan pegawai Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam bergambar ramai dengan rombongan pelajar dan guru Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah. – Gambar serahan Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...