Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan STJ PGGMB Lambak lawati KACA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Sebagai usaha untuk menanam nilai sukarelawan dan amal di kalangan pelajar, seramai 15 orang murid dari Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak mengadakan lawatan sambil belajar serta membuat kerja amal di pusat Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) di Kampung Kiulap, baru-baru ini.

    Lawatan itu dibuat di bawah Program Sekolah Jangkauan Masyarakat yang memberi kesempatan kepada murid-murid berkenaan untuk melakukan kerja-kerja amal sambil menunggu keputusan peperiksaan Penilai Sekolah Rendah (PSR).

    Semasa lawatan sambil belajar berkenaan, para pelajar berpeluang untuk mengadakan kerja-kerja amal termasuk menyusun buku-buku, fail pejabat, membersihkan bilik serta mengemas barang-barang permainan.

    Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai ahli serta tenaga pengajar KACA melalui taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Hajah Fauziah binti Haji Awang Besar seorang tenaga pengajar di pusat berkenaan.

    Rombongan turut disertai oleh Guru Besar STJ PGGMB Lambak, Cikgu Haji Roslan bin Haji Md Hassan. Mengulas mengenai lawatan berkenaan, beliau menyatakan ia bermatlamat untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat kelainan upaya dan berkeperluan khas serta melatih para pelajar sebagai rakan pembantu.

    Pelajar dari STJ PGGMB Lambak yang mengadakan lawatan sambil belajar serta kerja amal di Pusat KACA, Kampung Kiulap, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB LAMBAK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda