Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Rombongan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, hari ini, telah me-ngadakan lawatan ke AIFA Sdn Bhd di Lambak Berakas.
Rombongan terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia/ Kaunselor, Nadia Azura Mohd Nudri dan Setiausaha Pertama, Mohd Rizal Saliken.
Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Pengarah Urusan AIFA, Dr Andy Lau dan Pengurus Besar AIFA, Lily Ngo.
Rombongan kemudian diberikan penerangan mengenai latar belakang syarikat sebelum mengadakan lawatan ke bahagian Pusat Online AIFA, perkhidmatan dan gudang AIFA.
AIFA mula ditubuhkan pada 1984 yang merupakan pengedar tunggal bagi produk elektrik LG dan Elba.
Pada 2000, AIFA menjadi pilihan jenama di pasaran negara ini dan pada tahun itu juga, produk Pevy diperke-nalkan di pasaran Brunei.