LIVERPOOl, 12 Mac – Romelu Lukaku telah meningkatkan peluangnya untuk memenangi kasut emas Liga Perdana apabila Everton menang mudah 3-0 ke atas West Bromwich Albion semalam.
Lukaku telah memperoleh jaringannya selepas Everton sudah berada di depan di separuh masa pertama menerusi jaringan Kevin Mirallas dan Morgan Schneiderlin bagi jaringan ke-19 peribadinya dalam kempen ini.
Pasukan Ronald Koeman kini telah memenangi lima perlawanan terakhir mereka di laman sendiri, bagi mengurankan jurang mata dengan pasukan yang berada di tangga keenam, Manchester City kepada dua mata dalam usaha untuk mendapatkan slot Europa.
Dengan Tottenham berada dalam aksi Piala FA hujung minggu ini, Lukaku, yang telah menghasilkan tujuh gol dalam lima penampilan terakhir, mampu menyertai Harry Kane dalam carta teratas penjaring terbanyak.
Di awal perlawanan, Lukaku terlepas peluang dengan percubaan tersasar selepas Gareth Barry memberikan umpanan kepadanya di minit ke-16, malah sekali lagi tidak bernasib baik apabila tandukannya daripada hantaran lintang Leigton Baines juga tersasar.

Lukaku memainkan peranan bagi gol pembukaan Everton di minit ke-39.
Dia membuat serangan di bahagian kanan dan telah menyaksikan hantarannya terkena pemain pertahanan, bola yang terlepas itu bergolek di depan Ross Barkley yang membuat rembatan ke gawang, meskipun berjaya ditampan oleh Ben Foster, bola yang melantun itu dapat disudahi oleh Mirallas.
Bagi jaringan kedua, Lukaku berjaya mengekang Jonny Evan yang mengawalnya dan memberikan umpanan kepada Schneiderlin bagi jaringan kedua.
Barkley membuat hantaran lintang ke dalam petak, di mana Lukaku menanduk masuk gol menewaskan penjaga gawang di minit ke-82. – AFP