Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Rompak AS$1 kerana mahu masuk penjara semula

    SALT LAKE CITY, 14 MAC – Kebanyakan orang akan berusaha untuk mengelak daripada berada di dalam penjara, tetapi seorang lelaki Utah merompak hanya AS$1 daripada sebuah bank semata-mata mahu ditangkap dan dimasukkan ke penjara persekutuan.

    Menurut laporan Oddity Central, Donald Santacroce, 65, telah melakukan salah satu rompakan bank yang paling pelik dalam sejarah di mana dia memasuki Bank Wells Fargo di Salt Lake City pagi Isnin lalu, kemudian menyerahkan nota kepada salah seorang juruwang.

    ‘Tolong maafkan saya kerana melakukan ini tetapi ini adalah rompakan. Tolong beri saya AS$1. Terima kasih,’ tertulis pada nota tersebut.

    Juruwang itu menyangka ia adalah gurauan tetapi tetap mematuhi permintaan Santacroce dengan memberi wang AS$1 miliknya dan meminta dia pergi. Santacroce kemudian memberitahu mereka untuk menghubungi polis.

    Dia menunggu sambil duduk di lobi bank untuk ditangkap oleh polis.

    Ketika pengurus bank membawa pekerja bank ke ruang belakang untuk keselamatan mereka dan mengunci pintu, perompak bank warga emas itu mengeluh kerana masa yang agak yang lama diambil polis untuk sampai ke sana.

    Selepas polis tiba dan menangkap lelaki itu, tiada siapa mengetahui bahawa ini adalah rancangannya selama ini.

    Tiada siapa yang benar-benar tahu sebabnya, tetapi dia benar-benar mahu dimasukkan ke penjara persekutuan.

    Dia juga memberitahu pegawai bahawa sekiranya dia dimasukkan ke dalam penjara kemudian dibebaskan, dia hanya akan merompak bank lain sehingga dia berakhir di penjara persekutuan.

    Setakat Rabu, Donald Santacroce belum lagi berada di Penjara Metro Salt Lake County dan ini bermakna bank tempatan sepatutnya menjangkakan satu lagi rompakan aneh tidak lama lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...