Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Rompakan bersenjata: Lelaki dipenjara 15 tahun, 12 sebatan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Hakim Mahkamah Perantaraan, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar baru-baru ini telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 kali sebatan ke atas Mohammad Noh bin Mohd Edham, atas kesalahan rompakan berkumpulan bersenjata dan pecah rumah yang mana kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada 2020.

Pada 11 Disember 2020, defendan dan dua orang lain memecah masuk sebuah rumah di Berek Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Bukit Bendera, Daerah Tutong dan melakukan kecurian di antara jam 4 petang dan 6:10 petang.

Manakala pada malam keesokan harinya, dengan menggunakan penutup muka dan bersenjatakan parang, defendan bersama dua rakannya telah mencuri 11 utas rantai emas dari sebuah kedai barang kemas di Tanjung Bunut. Selain itu, defendan juga mengugut seorang pekerja dengan parang dalam kejadian pada pukul 7 malam.

Dalam menjatuhkan hukuman terhadap defendan, hakim menekankan bahawa defendan telah menggunakan tukul untuk memecahkan rak kaca yang menimbulkan ketakutan kepada pembantu kedai.

Hakim juga menegaskan bahawa defendan tidak menunjukkan sebarang kekesalan sepanjang perbicaraan memandangkan sabitan kesalahannya sebelum ini.

Seterusnya hakim mengulas bahawa defendan menimbulkan ancaman kepada orang ramai dan hukuman berat wajar dijatuhkan ke atasnya.

Kes pendakwaan tersebut dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Hajah Atiyyah Azzahra binti POKLSDSLJ Haji Abas.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -