Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rona kehidupan atasi masalah berat badan

    NOVEL Fitness Junkie karya Lucy Sykes adalah sebuah novel yang sangat lucu mengenai percubaan seorang wanita untuk mengikuti program diet, yoga, meminum jus dan menghadiri kelas-kelas senaman bagi menyelamatkan kerjayanya, menyelamatkan teman baiknya dan mengurangkan berat badannya.

    Apabila Janey Sweet, seorang CEO syarikat pakaian gaun perkahwinan pereka terkemuka, digambar di barisan hadapan di sebuah pertunjukan fesyen ketika memakan bruffin, sahabat baiknya yang juga rakan kongsinya, Beau, memberikan amaran kepada Janey sama ada dia harus mengurangkan berat badannya atau dia akan kehilangan pekerjaannya.

    Janey telah menambahkan berat badannya semenjak dia bercerai. Banyak pakaiannya tidak lagi sesuai untuk dipakai kerana terlalu sempit.

    Oleh yang demikian, Janey menjerumuskan dirinya ke dalam dunia senaman dan revolusi kesihatan dengan membayar sesi senaman yang harganya seperti tidak masuk akal, mengikuti sesi yoga yang aneh, menyeksa diri dengan mengikuti boot camp daripada tentera Sri Lanka yang seumpama neraka dan mengikuti kelas spinning yang diketuai oleh seorang jurulatih yang panas baran.

    Janey telah mengalami pelbagai kejadian lucu di dalam kembaranya untuk mengurangkan berat badan, sehinggalah dia mula berfikir bahawa perlukah dia mengurangkan berat badannya?

    Novel Fitness Junkie adalah sebuah novel lucu yang menggambarkan mengenai budaya yang melanda dunia kini di mana berat badan sentiasa menjadi isu masyarakat.
    Novel Fitness Junkie adalah sebuah novel lucu yang menggambarkan mengenai budaya yang melanda dunia kini di mana berat badan sentiasa menjadi isu masyarakat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda