Ronald Koeman dirawat kerana penyakit jantung

THE HAGUE, 4 MEI – Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda Ronald Koeman memerlukan rawatan di hospital selepas mengalami masalah jantung, isterinya memberitahu akbar De Telegraaf kelmarin.

Jurulatih berusia 57 tahun itu menjalani prosedur ‘pengkateteran jantung’ di hospital Amsterdam selepas mengadu merasa kurang sihat ketika di rumah.

“Tindakan pantas untuk membawanya ke hospital dan campur tangan segera pihak doktor telah membolehkan dia berada dalam keadaan stabil,” kata Bartina Koeman.

Koeman, yang menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda sejak tahun 2018, dijangka dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

“Ia adalah berita yang mengejutkan,” tulis Persatuan Bolasepak Belanda di dalam akaun Twitter.

“Syukur, semuanya telah bertambah sedikit baik. Tabah dan segera pulih, jurulatih,” tweet persatuan itu.– AFP

Ketua jurulatih kebangsaan Belanda, Ronald Koeman telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung. – AFP