Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldinho duta Barcelona

    BARCELONA, 3 Feb – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona telah mengumumkan bahawa pemain legenda, Ronaldinho, bakal kembali bersama mereka selaku duta kelab berkenaan.

    Pemain dari Brazil yang pernah memenangi Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali dan meraih dua gelaran La Liga serta Liga Juara-Juara bersama Barca pada musim 2005/06 itu tidak lagi bermain sejak meninggalkan Fluminense pada September 2015.

    Barca pada mulanya mengumumkan bersetuju dengan kontrak selama 10 tahun sebelum kenyataan baru dikeluarkan tanpa memberitahu sebarang ketetapan jangka masa.

    “FC Barcelona dan Ronaldinho melengkapkan persetujuan yang mana dia akan menjadi duta kelab ini dan wakil di kebanyakan acara dan aktiviti dalam beberapa tahun akan datang,” kata Barca dalam kenyataan terkini.

    Gambar fail 9 Disember 2007, Ronaldinho dari Brazil ketika beraksi bersama Barcelona di Stadium Camp Nou. - AP
    Gambar fail 9 Disember 2007, Ronaldinho dari Brazil ketika beraksi bersama Barcelona di Stadium Camp Nou. – AP

    Ronaldinho, 36, juga akan menjadi sebahagian daripada pasukan legenda Barca yang akan beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan di seluruh dunia.

    Selain daripada trofi dan 91 gol dijaringkan dalam 198 penampilan bersama Barca, kehidupan Ronaldinho di ibu kota Catalan itu juga diingati kerana kemahirannya serta senyuman lebar ketika berada di atas padang.

    Ronaldinho mula bersama Barca selepas berpindah dari Paris Saint-Germain pada tahun 2003 dan membantu mengembangkan potensi Messi yang masih remaja ketika itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda