Ronaldinho jalani penahanan rumah

ASUNCION, 8 APRIL – Hakim Paraguay kelmarin telah mengarahkan bekas pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho dan abangnya untuk menjalani penahahan rumah sementara mereka menunggu perbicaraan kerana menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara itu.

Hakim, Gustavo Amarilla memberitahu wartawan bahawa dia telah mengarahkan ‘penyambungan penahanan rumah di sebuah hotel bagi Ronaldinho bersama-sama dengan abangnya.”

Kedua-duanya telah dipenjarakan selama sebulan untuk menunggu perbicaraan, tetapi peguam mereka telah membuat ikat jamin sebanyak $1.6 juta.

Ronaldinho yang dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, merupakan bintang Brazil yang memenangi Piala Dunia tahun 2002 dan bermain untuk kelab gergasi Eropah, Barcelona, Paris Saint-Germain dan AC Milan.

Keputusan ini bermakna kedua-duanya boleh bertukar blok sel polis – yang juga menempatkan bekas ketua kesatuan Paraguay dan bekas speaker dewan rendah parlimen – kepada sebuah hotel di pusat bandar Asuncion.

“Saya boleh beri jaminan kepada pengurus hotel bahawa mereka akan membayar segala perbelanjaan, dan boleh menjalankan tahanan dalam rumah,” Amarilla memberitahu ketika sidang konferensi.

Rayuan yang dibuat di Mahkamah Paraguay bulan lalu telah ditolak bagi permohonan mereka berdua untuk dilepaskan, bermakna bekas juara dunia sebanyak dua kali itu akan menyambut hari kelahirannya yang ke-40 tahun di dalam penjara.

Dengan bandar Paraguay yang menjalani perintah berkurung disebabkan oleh koronavirus, hakim berkomunikasi mengenai perlepasannya menerusi panggilan telefon kepada abangnya, dengan pihak pendakwa dan peguam defendan – dan kamera TV – turut dipasang. Hakim dan yang lainnya memakai topeng penutup muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Ronaldinho – yang memakai baju T berwarna hitam, mengangkat ibu jari-nya sebagai tanda dia memahami terma pelepasannya. – AFP

Bekas pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho, telah diberitahu akan menjalani penahanan rumah di sebuah hotel di Asuncion selepas ditahan kerana cuba untuk memasuki negara itu menggunakan pasport palsu pada bulan lalu. – AFP