Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldinho promosi bola sepak di Pakistan

    KARACHI, 9 Julai – Ronaldinho dari Brazil dan beberapa orang lagi bekas pemain bola sepak beraksi dalam satu perlawanan persembahan di Pakistan semalam dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai di negara yang memiliki minat dalam sukan kriket itu untuk menyerapkan sukan tersebut.

    Ronaldinho yang bersara baru-baru ini, yang menyarung jersi Barcelona ketika kecemerlangannya, memberitahu para wartawan dia mahu ‘memberikan persembahan yang bagus” di negara itu, yang bersedia untuk menarik lebih ramai bintang antarabangsa ketika keselamatan semakin meningkat.

    “Terima kasih bagi semua kekaguman dan layanan yang baik,’ katanya menjelang satu perlawanan di Karachi, satu dari dua perlawanan dalam lawatan tersebut.

    Kumpulan yang digelar “Ronaldinho dan sahabat” juga melibatkan bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs, bekas penjaga gol England, David James, bintang Belanda, George Boateng, bekas pemain Perancis, Robert Pires dan Nicolas Anelka dan pemain Portugal, Luis Boa Morte.

    Peminat-peminat berada di stadium bagi perlawanan lewat semalam, dengan sebahagiannya membuat perjalanan yang panjang bagi peluang yang jarang disaksikan bagi menyaksikan pemain-pemain hebat bola sepak.

    Ronaldinho ketika berada di Pakistan bagi mempromosikan bola sepak di negara itu. - AP
    Ronaldinho ketika berada di Pakistan bagi mempromosikan bola sepak di negara itu. – AP

    “Saya bertolak lebih awal pagi ini menuju Karachi,” Mohammad Yaqoob memberitahu AFP. “Saya berada di sini bagi bola sepak dan Ronaldinho.”

    Seorang penuntut, Bilal Malik, yang datang bersama sekumpulan sahabat, berkata pemain dari Brazil itu adalah bintang dalam perlawanan itu, yang juga melibatkan pemain-pemain negara tersebut.

    “Kemahirannya begitu menakjubkan. Saya mahu melihatnya beraksi secara langsung di depan mata saya,” katanya.

    Pakistan berada di kedudukan atas dalam bola sepak Asia sehingga awal 1970an, tetapi kekurangan sokongan kerajaan dan infrastruktur yang teruk menyaksikan mereka berada di kedudukan ke-200 dalam senarai bola sepak FIFA.

    Sukan tersebut sekali lagi menjadi popular, walaupun di negara yang taksub dengan kriket.

    Ronaldinho, 37, yang memenangi Ballon d’Or pada 2005 sebagai pemain terbaik bola sepak pada tahun itu dan menjadi sebahagian dari pasukan yang memenangi Piala Dunia 2002, berkata dia berada dalam misi muhibah bertujuan untuk memperkenalkan anak muda untuk beraksi dalam sukan itu.

    Giggs, yang bersara pada 2014, berkata dia mendengarkan negara itu memiliki bakat bola sepak yang mencukupi dan tempat bagi pangkalan peminat kuat bagi pasukan Manchester United.

    “Saya merasa gembira jika saya memberikan inspirasi kepada belia, yang mana adalah tugasan saya,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda