Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Ronaldo angkat kaki

    LONDON, 23 NOV – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United hasil persetujuan bersama berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua memetik pengumuman yang dibuat pasukan Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

    Ronaldo, 37, menyertai semula Manchester United pada Ogos lalu, tetapi sukar untuk menyesuaikan diri di bawah ketua jurulatih, Erik ten Hag sejak pemain pasukan Belanda itu tiba di Old Trafford musim ini.

    Menjelang Piala Dunia, Ronaldo mengkritik kedua-dua kelab dan pengurus secara terbuka dalam satu sesi temu bual hingga membawa kepada keputusan itu pada Selasa.

    “Kelab berterima kasih atas sumbangan besarnya dalam dua kali beliau menyertai pasukan Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, serta mengucapkan selamat maju jaya terhadap dirinya dan keluarga pada masa depan.

    “Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk meraih kejayaan di atas padang,” menurut kenyataan itu.

    Ronaldo kini bersama Portugal sempena Piala Dunia yang berlangsung di Qatar. 

    Perlawanan pembukaan Portugal menentang Ghana dijadualkan pada 25 November. – Bernama

    Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) menjalani sesi latihan di Al Shahania SC, Barat Laut Doha. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...