Ronaldo antara ‘koleksi’ ratu cantik Sepanyol

Gadis ini mungkin boleh dianggap sebagai ‘magnet’ pemain bola sepak.

Desiree Cordero, 25, yang juga seorang model dari Sepanyol dan pemenang Ratu Cantik Sepanyol 2014 sememangnya meminati ‘permainan bola sepak’ yang tampan.

Walaupun dia menetap di Los Angeles, dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan pemain tengah dari Argentina, Joaquin Correa yang kini bersama kelab Sevilla untuk menggantikan Felipe Anderson yang berhijrah ke West Ham pada 2018.

Namun, sebelum dia bersama Correa, wanita itu pernah menjalinkan hubungan dengan Cristiano Ronaldo pada 2016.

Selepas berpasangan beberapa bulan, bintang Portugal itu tidak lagi mahu meneruskan hubungan mereka dan perpisahan ini disebabkan Ronaldo tidak gembira dengan perangai Cordero yang ‘gilakan populariti’.

Situasi itu bagaimanapun tidak menjadi masalah buat Correa memandangkan mereka kekal berpasangan sejak Mac 2018.

Cordera jelas popular khususnya membabitkan hubungan cintanya bersama beberapa pemain bola sepak.

Selain Ronaldo dan Correa, dia pernah berpasangan dengan bekas pemain Real Betis, Enzo Renella.

Selain itu, anak kepada legenda Real Madrid, Fernando Hierro iaitu Alvaro Ruiz juga pernah menjadi kekasihnya. – Agensi

Cordero kini menjalin hubungan dengan pemain Argentina, Joaquin Correa. – Agensi