Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ronaldo bakal terlepas pertembungan Liverpool

    LONDON, 19 APRIL – Cristiano Ronaldo akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Liverpool hari ini, di mana bintang Portugal itu berkabung atas pemergian anak lelakinya yang baru dilahirkan.

    Ronaldo mendedahkan mengenai berita tersebut di media sosial kelmarin, mencetuskan sokongan yang mencurah-curah kepada pemain penyerang itu dan keluarganya dari seluruh dunia bola sepak.

    United hari ini mengesahkan bahawa Ronaldo tidak akan bermain dalam pertemuan penting pasukannya dengan musuh ketat mereka, Liverpool. “Keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan Ronaldo menyokong orang tersayangnya pada masa yang amat sukar ini,” menurut kenyataan di laman sesawang United.

    Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez telah mendedahkan dalam catatan media sosial pada Oktober lalu bahawa pasangan tersebut sedang hamil anak kembar.

    Mereka mengesahkan kelahiran anak perempuan pada masa yang sama mendedahkan kematian anak lelaki mereka.

    Pasangan tersebut, yang bertemu semasa Ronaldo di Real Madrid, mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun bersama, manakala Ronaldo mempunyai tiga lagi anak. Rakan sepasukan Ronaldo di United turut mencurahkan rasa simpati. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...