Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Ronaldo bantu United bangkit

    MANCHESTER, 30 SEPT – Cristiano Ronaldo memecahkan rekod penampilan Liga Juara-Juara yang ke-178 dengan membuat jaringan gol dalam minit ke-95 ketika Manchester United meraih kemenangan 2-1 menentang Vilarreal di Old Trafford kelmarin.

    Pemenang Ballon d’Or lima kali itu melepaskan tendangan yang berbisa melewati Geronimo Rulli untuk meredakan tekanan ke atas pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

    United hampir terancam dengan satu lagi kekalahan perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara selepas ketinggalan 1-0 hasil jaringan Paco Alcacer dalam separuh masa kedua.

    Namun Alex Telles menjaringkan gol penyamaan buat United.

    Walaupun dengan keputusan sedemikian, timbulnya persoalan sama ada Solskjaer adalah pengurus yang sesuai untuk mencungkil bakat daripada pemain-pemainnya yang penuh berpotensi itu.

    Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo semasa meraikan kemenangan bersama pemain pertahanan, Victor Lindelof ketika menentang Villarreal di Old Trafford. – AFP

    Walaupun kekalahan United atas sebab Bruno Fernandes terlepas peluang dalam kotak penalti Aston Villa pada Sabtu lepas, Solskjaer masih menunjukkan kepercayaannya kepada pemain tengah Portugal itu dengan memberikan gelang tangan kapten kepadanya.

    Luke Shaw juga tidak diturunkan kerana kecederaan, manakala Aaron Wan-Bissaka telah digantung selepas dikeluarkan ketika menentang pasukan Young Boys.

    Dalam separuh masa pertama, Villarreal telah terlepas banyak peluang untuk memberikan lebih banyak tekanan kepada United selepas menewaskan mereka dalam Liga Eropah pada bulan Mei.

    Pemain sayap Belanda, Arnaut Danjuma pertama kali melepaskan tendangan menuju penjaga gol United, De Gea.

    De Gea merupakan punca kekalahan United pada peringkat akhir Liga Eropah sebab gagal menjaringkan gol dalam tendangan penalti.

    Walau bagaimanapun, pada musim ini dia perlu menjaga pasukannya sekali lagi dalam separuh masa pertama yang menghalang percubaan tandukan daripada Alcacer.

    United tidak menyedari amaran ketika separuh masa pertama, yang mana 8 minit dalam separuh masa kedua, Danjuma berjaya menjaringkan gol menerusi hantaran Alcacer.

    Seterusnya, Solskjaer melaku taktik serangan terhadap Ronaldo bersama Jodan Sancho dan Mason Greenwood, dan juga Paul Pogba bersama Fernandes di tengah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...