Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ronaldo gembira kembali di United

    MANCHESTER, 1 OGOS – Cristiano Ronaldo beraksi selama 45 minit pada penampilan pertamanya di Manchester United dalam tempoh 12 minggu untuk membantu pasukan itu mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam aksi pra musim menentang Rayo Vallecano di Old Trafford dan menyatakan kemudiannya: ‘Gembira dapat kembali’.

    Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu tidak menyertai aksi pramusim kelabnya ke Thailand dan Australia atas sebab-sebab peribadi, dilaporkan mahu meninggalkan kelab yang disertainya semula tahun lalu.

    Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak United musim lalu dengan 24 gol.

    Namun kempen pada keseluruhannya adalah paling mengecewakan buat kelab itu yang menamatkan saingan Liga Perdana di tempat keenam dan menyaksikan mereka terlepas saingan Liga Juara-Juara.

    Ronaldo juga diketepikan daripada skuad United pada perlawanan persahabatan Sabtu lalu menentang Atletico Madrid di Oslo.

    Aksi Cristiano Ronaldo semasa perlawanan persahabatan di antara Manchester United dan Rayo Vallecano di Old Trafford di Manchester, England pada 31 Julai 2022. – AFP

    Bagaimanapun, ketika menjawab komen penyokong mengenai dirinya yang tidak beraksi di Norway, Ronaldo berkata Jumaat lalu: ‘Domingo o rei joga’ yang bermaksud ‘Ahad raja akan bermain.

    Ronaldo menyambut kehadiran kedua-dua penyokong ketika dia mengetuai pasukan hari ini.

    Selepas perlawanan, Ronaldo memuat naik gambar dia bermain di Twitter dengan kata-kata “Gembira dapat kembali.”

    Pengurus United yang baharu, Erik ten Hag memberitahu laman sesawang kelab: “Ia adalah gabungan antara pemain berpengalaman dan remaja hari ini.

    “Awda melihat perwatakan yang sangat hebat, semangat untuk bekerjasama. Mereka bertarung dan bekerja untuk satu sama lain. Itu adalah satu petanda positif.”

    Pemain baharu, Christian Eriksen dan Lisandro Martinez masing-masing beraksi selama sejam dalam perlawanan dirancang Ten Hag buat pemain yang tidak diberi kesempatan ketika tewas 1-0 di tangan Atletico pada Sabtu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...