Ronaldo hampa, tewas ditangan Serbia

LISBON, PORTUGAL, 15 NOV – Selepas wisel penamat dibunyikan, Cristiano Ronaldo duduk sendirian di atas padang sambil menggelengkan kepalanya dan kelihatan kecewa.

Beberapa rakan sepasukan datang untuk menghiburkannya. Beberapa pihak lawan juga melakukan hal yang sama.

Portugal baru sahaja dikejutkan oleh Serbia di gelanggang sendiri dalam kelayakan Piala Dunia. Ronaldo yang berusia 36 tahun itu tiba-tiba berada dalam bahaya kehilangan penampilan terakhirnya pada kejohanan tersebut.

Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol pada minit ke-90 ketika Serbia bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Portugal 2-1 kelmarin untuk layak ke Piala Dunia tahun depan di Qatar, sekali gus menghantar pasukan Ronaldo ke perlawanan playoff.

Mitrovic bangkit dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi percubaan tandukan selepas pertahanan Portugal gagal melepasi hantaran lintang ke dalam kawasan itu.

Ronaldo kelihatan kecewa dan mengadu dengan rakan sepasukannya selepas gol lewat yang boleh menghalangnya daripada membuat penampilan Piala Dunia kelima berturut-turut.

Portugal perlu menghadapi perlawanan playoff dengan sembilan lagi naib juara kumpulan dan dua pemenang kumpulan dari liga negara UEFA. Sebanyak 12 negara akan bermain pada Mac tahun depan dalam tiga kurungan empat pasukan, dengan pasukan pilihan mendapat perlawanan di gelanggang sendiri di separuh akhir kurungan. – AP

Reaksi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo selepas pemain Serbia, Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia kelmarin. – AP