Ronaldo ingin takluki dunia

MILAN, 28 OGOS – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo berkata kelmarin bahawa ‘cita-cita dan keazamannya masih lagi tinggi seperti sebelum ini’ ketika dia berusaha untuk ‘memecah rekod dan menakluki dunia’ musim depan.

Penyerang Portugal telah memenangi ‘Scudetto’ kedua bersama Juventus namun meskipun berjaya meledak dua gol menentang Lyon, gergasi Itali itu tetap tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara oleh kelab Perancis dalam pusingan kelompok 16 terakhir.

“Saya sedang bersedia untuk musim ketiga saya sebagai ‘Bianconero’, keazaman dan cita-cita saya masih lagi tinggi seperti sebelum ini,” tulis pemain berusia 35 tahun itu di Instagram.

“Gol. Kemenangan. Komitmen. Dedikasi. Profesionalisme,” tulisnya.

“Dengan seluruh kekuatan dan bantuan berharga dari rakan sepasukan saya dan seluruh kakitangan Juventus, kami sekali lagi bekerja untuk menakluki Itali, Eropah dan dunia! Memecahkan rekod.”

Bekas bintang Itali dan Juventus, Andrea Pirlo yang menggantikan Maurizio Sarri sebagai ketua jurulatih dengan pasukan menyasarkan kemenangan liga kali ke-10 berturut-turut pada 2021.

Tetapi kegagalan di Liga Juara-Juara, kali terakhir dijulang mereka pada 1996, merupakan titik terendah bagi pemenang lima kali Ronaldo, yang telah dibeli dari Real Madrid dengan yuran perpindahan 100 juta euro pada 2018 untuk membantu memenangi trofi. – AFP

Cristiano Ronaldo menulis di Instagramnya berkata bahawa cita-cita dan keazamannya masih lagi tinggi seperti sebelum ini dan bersedia untuk memenangi lebih banyak kejuaraan dan mencapai matlamat peribadi. – AP