Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo kembali tonjol kehebatan

    MILAN, 19 Okt – Cristiano Ronaldo akan kembali memberi tumpuan kepada kehebatannya di atas padang apabila Juventus melayan kunjungan Genoa dalam aksi Serie A esok, sebelum kunjungan ke bekas kelabnya Manchester United untuk perlawanan Liga Juara-Juara minggu depan.

    Ronaldo yang diselubungi dakwaan rogol oleh Kathryn Mayorga dari Amerika Syarikat (AS), mengetepikan masalahnya itu untuk menjaringkan gol ke atas Udinese sebelum rehat antarabangsa.

    Jaringan itu sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus Juventus selepas lapan perlawanan.

    Ronaldo, 33, menafikan dakwaan berkenaan, namun dia dipinggirkan daripada skuad Portugal yang menang 3-1 ke atas Scotland pada aksi persahabatan bulan ini dan kemenangan 3-2 ke atas Poland di saingan Liga Negara-Negara Eropah.

    Juventus turut berdiri teguh di belakang bintang mereka itu yang dalam usaha membantu juara bertahan Itali mengekalkan kelebihan enam mata ke atas Napoli yang berada di tangga kedua liga.

    Ronaldo bakal mempamerkan kemampuannya apabila kembali beraksi dalam perlawanan Serie A, hari ini. – AP

    “Gol, derita, air mata dan kes di AS, 100 hari pertama di Juventus,” kata akhbar Gazetta dello Sport mengenai pemain baharu yang ditandatangani Juventus dari Real Madrid itu.

    Ronaldo kembali berlatih seperti biasa sebagai persediaan menghadapi Genoa, yang kini di tangga ke-11, tetapi menampilkan penjaring terbanyak Eropah musim ini iaitu Krzysztof Piatek dari Poland.

    Penyerang 23 tahun itu sudah menjaringkan sembilan gol dalam tujuh perlawanan untuk Genoa, kurang satu perlawanan, berbanding Ronaldo empat gol.

    “Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik dunia sekarang dan bagi saya dia adalah yang paling hebat pernah wujud,” kata Piatek.

    “Saya ingin memberikan jersi saya kepada Ronaldo dan mungkin mendapatkan jersinya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda