Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ronaldo ledak gol pertama United

    PARIS, 28 OKT – Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pada aksi penampilan pertamanya bersama Manchester United sejak enggan masuk sebagai pemain gantian minggu lalu dalam kemenangan 3-0 mengatasi Sheriff Tiraspol pada aksi Liga Europa yang berlangsung kelmarin.

    Kemenangan berkenaan yang turut dicapai menerusi gol Diogo Dalot dan Marcus Rashford, memastikan Red Devils layak ke pusingan seterusnya ketika mereka menyertai Barcelona yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara 24 jam sebelum itu.

    Pengurus United, Erik Ten Hag tidak membawa penyerang Portugal itu bersama skuad United bagi aksi Sabtu lalu ketika seri dengan Chelsea dan dia hanya dibenarkan kembali ke latihan pasukan utama minggu ini.

    “Melihat Ronaldo mendapatkan gol adalah sesuatu yang hebat,” kata Ten Hag kepada BT Sport.

    “Dia mencipta ruang dan pasukan juga mencipta ruang untuknya. Kami tahu dia ada kemampuan untuk menyudahkannya.

    “Dia perlukan satu gol dan kini saya yakin akan ada lebih banyak gol,” katanya.

    Ronaldo, 37, bermula di depan dengan pemain sayap berusia 18 tahun dari Argentina, Alejandro Garnacho membuat penampilan pertama bersama skuad senior. Pertahanan kanan, Dalot membuka jaringan sebelum rehat dengan Rashford menggandakan kelebihan berbaki 25 minit permainan.

    Ronaldo meraih jaringan ke-701 sepanjang kariernya bersama kelab dan menjamin tiga mata berbaki sembilan minit aksi. – AFP

    Aksi Cristiano Ronaldo (tengah), cuba untuk menjaringkan semasa dalam perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Sheriff Tiraspol di stadium Old Trafford, Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...