Ronaldo menang anugerah Itali

MILAN, 3 DIS – Cristiano Ronaldo telah memenangi anugerah pemain liga Itali tahun ini yang diadakan di Gran Gala del Calcio di Milan.

Ronaldo berada di Gran Gala del Calcio di Milan kelmarin untuk menerima hadiah, bukannya menghadiri upacara Ballon d’Or di Paris, di mana dia berada di tempat ketiga dalam undian pemain terbaik dunia.

Pemain hadapan Juventus itu muncul sekitar sejam sebelum anugerah utama diumumkan, tiba lebih dari dua jam selepas kehadiran tetamu lain.

Buat pertama kali dalam majlis Itali telah memberikan anugerah kepada pemain wanita. Pemain hadapan Roma dan Itali Manuela Giugliano telah memenangi hadiah terbaik.

Kesemua anugerah dipilih untuk campuran pemain bola sepak, jurulatih, pengadil dan wartawan.

Ronaldo menandatangani kontrak bersama Juventus dari Real Madrid pada Julai 2018 dan membantu Bianconeri menjuarai gelaran Serie A yang kelapan dalam musim pertamanya di kelab Itali. – AP

Cristiano Ronaldo dan Miralem Pjanic bergambar dengan trofi Pemain Terbaik Serie A Itali semasa majlis anugerah bola sepak di Gran Gala del Calcio, Milan Itali. – AP