Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Ronaldo pimpin Portugal

    OEIRAS, PORTUGAL, 11 NOV – Cristiano Ronaldo akan memimpin Portugal ke Piala Dunia selepas Fernando Santos menyenaraikan penyerang veteran itu dalam skuad terakhirnya ke Qatar, kelmarin.

    Penyerang United berusia 37 tahun itu, bukan lagi pilihan utama kelabnya pada musim ini, akan menjadi sebahagian daripada usaha negaranya untuk memburu kejuaraan sulung di kejohanan itu.

    Ronaldo, kapten dan penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki dengan 117 gol, dibantu penyerang-penyerang muda termasuk Joao Felix dan Rafael Leao.

    “Semua pemain dalam senarai saya ialah mereka yang dahagakan kemenangan dan mahu menjadikan Portugal juara dunia, termasuk Ronaldo,” kata Santos. Ini adalah edisi Piala Dunia kelima Ronaldo, selepas dia beraksi pada setiap edisi bermula dari tahun 2006.

    Santos, yang membimbing Portugal menjuarai Euro 2016 di Perancis, tidak menyenaraikan Renato Sanches dari Paris Saint-Germain, sebaliknya memanggil pemain tengah Wolves, Matheus Nunes.

    “Apa yang paling penting ialah pemain-pemain akan pergi ke Piala Dunia. 26 yang terpilih merasakan ia adalah pilihan tepat, dan yang tidak terpilih merasakan sebaliknya,” katanya.

    Santos turut menyenaraikan bek tengah Benfica, Antonio Silva, 19, serta Pepe yang berusia 39 tahun. – AFP

    Ronaldo akan memimpin Portugal di Piala Dunia selepas disenaraikan oleh Fernando Santos ke dalam skuad. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...