Ronaldo rangkul Terbaik Globe
DUBAI, 29 Dis – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Globe untuk tahun kedua berturut-turut dan keempat keseluruhan walaupun dia tidak hadir untuk menerima trofi berkenaan. Pemain Portugal itu memenangi anugerah anjuran Persatuan Ejen-Ejen Bola Sepak Eropah (EFAA) dan Persatuan Kelab-kelab Eropah (ECA) berkenaan pada tahun 2011, 2014 dan 2016.


































