Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Ronaldo sasar suku akhir Piala Dunia

    DOHA, 6 DIS – Cristiano Ronaldo berazam untuk membawa Portugal mengatasi Switzerland dan mara ke suku akhir Piala Dunia pada awal pagi Rabu selepas Maghribi berusaha menyekat kemaraan Sepanyol untuk menjulang trofi Piala Dunia kedua mereka.

    Kini hanya tinggal dua slot dalam pusingan lapan terakhir untuk diisi di Qatar selepas juara lima kali, Brazil menundukkan Korea Selatan 4-1 dan finalis 2018, Croatia memadamkan semangat Jepun dengan sepakan penalti 3-1.

    Ronaldo menjadi tajuk utama berita walaupun sebelum kejohanan Piala Dunia bermula selepas dia menyelar pasukan Manchester United dan jurulatihnya, Erik ten Hag.

    Selepas ‘persetujuan bersama’ dicapai, dia sekarang mencari pasukan baharu dan beberapa sumber berkata dia sedang dalam perbincangan dengan kelab Saudi, Al-Nassr.

    Bintang berusia 37 tahun itu yang berkemungkinan besar muncul dalam aksi Piala Dunia terakhirnya, menjadi bayangan kepada dirinya sebelum ini di Qatar.

    Selepas menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti ketika perlawanan pembukaan menentang Ghana untuk menjadi pemain pertama pasukannya yang menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia, Ronaldo gagal mencari gawang lagi.

    Peranan Ronaldo dalam barisan kesebelasan utama kekal menjadi topik hangat dalam kalangan peminat Portugal, namun jurulatih, Fernando Santos berkata dia langsung tidak memberikan sebarang perhatian kepada perdebatan itu.

    “Saya tidak hiraukan bahan bacaan sebegini. Ia bukanlah kerana saya kurang hormat, tetapi ia bermakna kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih dan saya tidak mahu ambil tahu mengenai berita ini. Kami perlu tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan yang akan datang,” katanya.

    Santos berkata dia menjangkakan saingan yang sengit ketika bertemu Switzerland. Untuk rekod, Portugal pernah mengalahkan Switzerland 4-0 dalam Liga Negara-Negara UEFA pada Jun sebelum kalah 1-0 dalam perlawanan timbal balik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...