Ronaldo selamatkan kelemahan Man Utd

MANCHESTER, 21 OKT – Kedatangan kedua Cristiano Ronaldo di Manchester United telah menghasilkan dua saat yang tidak dapat dilupakan dengan gol akhir kemenangan menentang Vilarreal dan Atalanta untuk menuju peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Walau bagaimanapun, kepula-ngan Ronaldo juga menyebabkan pasukan Ole Gunnar Solskjaer yang semakin kelihatan seperti sekumpulan pemain yang berbakat tetapi tidak berpasukan.

United dalam perjalanan menuju kekalahan kelima dalam lapan perlawanan ketika Atalanta mendahului 2-0 pada separuh masa pertama di Old Trafford kelmarin.

Pertembungan separuh masa kedua meringankan sedikit tekanan kepada Solskjaer ketika United melangkah dari bawah Kumpulan F pada waktu rehat ke puncak menjelang masa penuh.

Ronaldo membangkitkan kembali pasukannya dengan percubaan tandukan yang tinggi setelah gol dari Marcus Rashford dan Harry Maquire menjadikan perlawanan tersebut seri 2-2.

Kekurangan Ronaldo dalam membawa bola telah diteliti sebagai penyebab rekod pertahanan United yang menghampakan.

Tetapi dia menebusnya dengan enam gol dalam sembilan penampilan.

“Dia hebat di depan gawang,” kata Solskjaer. “Sekiranya ada yang ingin mengkritiknya kerana sikapnya, saksikan saja permainan tersebut. Perhatikan bagaimana dia bermain.”

Tiga mata yang sangat diperlukan dapat mengurangkan risiko tersingkir dalam peringkat kumpulan untuk musim kedua berturut-turut, walaupun masih banyak yang perlu dilakukan dalam perlawanan menentang Atalanta dan Villarreal akan datang. – AFP

Reaksi pemain penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meraikan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atalanta di stadium Old Trafford kelmarin. – AFP