Ronaldo selamatkan Man Utd lagi

PARIS, 3 NOV – Cristiano Ronaldo menjaringkan satu lagi gol lewat untuk menyelamatkan Manchester United dalam Liga Juara-Juara kelmarin, ketika bekas kelabnya, Juventus dan Bayern Munich kedua-duanya mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 terakhir dengan baki dua perlawanan kumpulan.

Ronaldo merembat masuk dari tepi kotak seminit pada masa kecederaan untuk memberikan United keputusan seri 2-2 dengan Atalanta di Itali dan memastikan mereka berada di landasan untuk layak dari Kumpulan F.

Penjaring terbanyak sepanjang masa pertandingan itu sebelumnya membatalkan gol pembukaan Josip Ilicic untuk menyamakan kedudukan pada penghujung permainan licik pasukan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bagaimanapun, selepas kehilangan Raphael Varane akibat kecederaan sebelum itu, United kembali ketinggalan pada minit ke-56 apabila Duvan Zapata menembusi barisan pertahanan, mengelak Harry Maguire sebelum menjaringkan gol.

Gol tersebut pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid sebelum diberikan ulasan VAR, tetapi Ronaldo mengagalkan pasukan tuan rumah sekali lagi dengan gol kesembilannya dalam 11 penampilan sejak kembali ke Old Trafford dan melebarkan rekodnya ke-139 dalam pertandingan itu.

“Kami percaya sehingga ke penghujung perlawanan. Saya bantu pasukan saya mendapat satu mata,” kata Ronaldo. “Kami tidak pernah berputus asa, saya rasa ia adalah keputusan yang baik untuk kami.”

Pemain berusia 36 tahun itu juga menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan apabila United bangkit untuk menewaskan Villarreal 2-1 pada September lalu dan menanduk masuk lewat untuk melengkapkan kebangkitan daripada mata 2-0 untuk mengalahkan Atalanta 3-2 di laman sendiri dua minggu lalu. – AFP

Reaksi pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo semasa meraikan jaringan gol keduanya dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atalanta di stadium Azzurri d’Italia kelmarin. – AFP