Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ronaldo selamatkan United

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 29 APRIL – Chelsea semakin hampir mengesahkan kedudukan mereka beraksi di Liga Juara-Juara musim depan walaupun gagal memanfaatkan sepenuhnya penguasaan mereka ketika seri 1-1 di Manchester United awal pagi tadi.

    Gol pembukaan Marcos Alonso segera berjaya disamakan oleh Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Blues di tangga ketiga itu dengan kelebihan lapan mata dihadapan Tottenham di tangga kelima Liga Perdana dengan baki lima perlawanan.

    Pengurus sementara United, Ralf Rangnick sudah pun berputus asa untuk Red Devils naik ke empat teratas dan dengan memperoleh satu mata menyebabkan mereka masih ketinggalan lima mata di belakang Arsenal yang berada di tangga keempat selepas bermain lebih dua perlawanan.

    Kedudukan Rangnick di Old Trafford mungkin dipendekkan selepas laporan mengatakan dia bakal mengambil alih tugas pengurus Austria berbanding mengambil alih peranan sebagai perunding selama dua tahun.

    Erik ten Hag telah pun dilantik sebagai pengurus United untuk musim depan, tetapi hanya sedikit tanda rangsangan dari pengurus Ajax itu selepas prestasi lemah.

    Aksi Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Chelsea, kelmarin. – AP

    Isu pemilikan juga menghantui kelab tersebut pada malam apabila penyokong United sekali lagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap keluarga Glazer.

    Ramai penyokong kekal di luar stadium sehingga minit ke-17 sebagai tanda protes 17 tahun sejak warga Amerika Syarikat (AS) menguasai United dengan mengambil alih kuasa.

    Chelsea kelihatan ditakdirkan untuk menjadi kelab Liga Perdana terbaru yang jatuh ke tangan pemilik AS dengan penjualan The Blues dijangka akan berlaku sebelum akhir musim.

    Ketidakpastian mengenai masa depan di Stamford Bridge telah mula ditunjukkan di atas padang dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Chelsea sepatutnya memanfaatkan peluang bagi menuntut ketiga-tiga mata ketika rembatan James melencong ke atas tiang dari tumit belakang Mason Mount di akhir babak perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...