Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Ronaldo terlepas jelajah pramusim United

    LONDON, 8 JULAI – Cristiano Ronaldo akan terlepas aksi jelajah pramusim Manchester United mereka di Thailand dan Australia selepas penyerang Portugal itu diberi masa rehat tambahan untuk menangani isu keluarga.

    Ronaldo dilaporkan tidak hadir pada Isnin lalu apabila pengurus baharu United, Erik ten Hag mengalu-alukan pemain antarabangsa kelab itu ke Carrington untuk permulaan latihan pramusim.

    Penyerang tersebut memberitahu kelab bahawa dia sedang menangani masalah keluarga dan kekal tidak hadir hingga kelmarin.

    Justeru itu, Ronaldo tidak akan menjadi sebahagian daripada kumpulan yang terbang ke Bangkok pada hari ini dan tidak ada anggaran bila dia akan kembali menyertai United, yang menentang Liverpool di Thailand pada Selasa nanti sebelum terbang ke Australia.

    Pada hujung minggu lalu, pemain berusia 37 tahun itu telah meminta untuk meninggalkan Old Trafford selepas semakin tidak berpuas hati dengan prestasi buruk mereka sejak kembali menyertai Red Devils pada tahun lalu.

    United terlepas tempat Liga Juara-Juara selepas menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana.

    Walau bagaimanapun, United menegaskan bahawa Ronaldo akan menjadi sebahagian daripada skuad musim ini di tengah-tengah minat yang dilaporkan daripada Chelsea dan Napoli.

    “Ronaldo tidak akan menjadi sebahagian daripada Manchester United yang dijadualkan berlepas untuk jelajah pramusim kami di Thailand dan Australia pada hari ini. Dia telah diberi masa rehat tambahan bagi menangani isu keluarga,” kata jurucakap United kepada Manchester Evening News. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...