Ronaldo terlepas sesi latihan kedua akibat kecederaan

LISBON, 3 SEPT – Cristiano Ronaldo terlepas sesi latihan kedua berturut-turut bersama skuad Portugal hari ini akibat masalah kaki menjelang perlawanan Liga Negara-negara menentang Croatia dan Sweden.

“Ketua pasukan kebangsaan telah mengalami jangkitan di bahagian kaki kanan dan menjalani rawatan dengan antibiotik,” menurut kenyataan FA Portugal.

Ronaldo, 35, dihadkan dengan hanya menjalani sesi gim kelmarin.

Pemain tengah Lille, Renato Sanches telah dikeluarkan dari perlawanan pertama Liga Negara-negara dengan kecederaan yang tidak dinyatakan.

Juara Piala Eropah, Portugal memenangi Liga Negara-negara pertama tahun lalu selepas menewaskan Belanda 1-0 dalam final di Porto.

Mereka memulakan kempen baharu di laman sendiri menentang Croatia sebelum bertandang ke Sweden tiga hari kemudian. – AFP