Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ronaldo tinggalkan Man United?

    LONDON, 3 JULAI – Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini jika kelab Liga Perdana tersebut menerima tawaran yang sesuai, menurut beberapa laporan yang dikeluarkan kelmarin.

    Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu kembali ke Old Trafford dari Juventus pada musim panas lalu tetapi meskipun menjadi penjaring terbanyak United pada musim sebelumnya, dan ketiga dalam Liga Perdana, kempen itu secara keseluruhan agak mengecewakan.

    United menduduki tempat ke-enam dalam Liga Perdana sekali gus terlepas kelayakan Liga Juara-Juara dan menyebabkan pemenang Ballon d’Or lima kali yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya ditambah pilihan setahun itu, berdepan prospek untuk bermain di Liga Europa buat kali pertama.

    Manchester United menegaskan bahawa Ronaldo, yang menjaringkan sebanyak 24 gol dalam semua pertandingan, bukan untuk dijual, menurut laporan, dengan pengurus baharu Erik ten Hag berminat untuk bekerjasama dengannya.

    Ronaldo memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan trofi Liga Juara-Juara selama enam tahun bersama United sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2009 dan Juventus pada 2018, sekali gus mengumpul lebih banyak trofi bersama kedua-dua buah kelab.

    Pemain antarabangsa United akan melaporkan diri untuk latihan dalam beberapa hari akan datang sebelum terbang ke Thailand pada Jumaat depan bagi memulakan jelajah pramusim mereka. – AFP

    Selepas musim yang agak mengecewakan, terdapat spekulasi yang mengatakan Ronaldo akan meninggalkan kelab Man United. -AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...