Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo wira Madrid

    MADRID, Sepanyol, 12 April – Cristiano Ronaldo muncul sebagai wira Real Madrid dari dimalukan oleh Juventus ketika jaringan penaltinya pada masa kecederaan membolehkan juara bertahan itu mara ke separuh akhir Liga Juara-juara dalam perlawanan dramatik suku akhir kedua di Stantiago Bernabeu semalam, meskipun tewas 3-1.

    Real kelihatannya sudah menempah tempat empat teratas dalam separuh akhir selepas menang 3-0 pada perlawanan suku akhir pertama di Turin, namun Juve membuat kebangkitan sensasi ketika perlawanan kedua itu berlangsung.

    Kedua-dua gol menerusi tandukan Mario Mandzukic pada separuh masa pertama meningkatkan harapan Juve untuk mengejar Real, sebelum Blaise Matuidi mengambil peluang dari kesilapan Keylor Navas untuk menyamakan agregat 3-3, 30 minit sebelum tamat perlawanan.

    Namun, ketika perlawanan ini sepertinya berlarutan hingga ke masa tambahan, pengadil dari England, Michael Oliver menghadiahkan Real penalti pada masa kecederaan.

    Ronaldo tidak membuat kesilapan dari jarak 12 meter itu dengan menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-97 bagi memastikan Real mara dengan kelebihan agregat 4-3. Sementara itu, Cristiano Ronaldo menegaskan Juventus tidak sepatutnya mempertikai sepakan penalti dramatik pada minit akhir permainan.

    Reaksi Ronaldo meraikan jaringannya semasa perlawanan menentang Juventus di Stadium Santiago Bernabeu. – AFP

    “Saya tidak faham kenapa mereka membantah sepakan penalti itu,” kata Ronaldo kepada beIN Sports selepas perlawanan.

    “Jika tidak melakukan kekasaran, Lucas pasti akan menjaringkan gol. Ketika permainan, Benatia dan beberapa pemain lain mengasari kami dari belakang. Tapi kami gembira dan kami sekarang di separuh akhir.”

    Jaringan Ronaldo menyaksikan Real kini selangkah untuk merangkul kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut dan keempat dalam tempoh lima tahun.

    Mereka akan bersama Liverpool, Bayern Munich dan Roma yang melakar kejutan ke atas Barcelona untuk mara ke pusingan separuh akhir.

    “Ia adalah permainan yang sangat panjang dan menjadi pengajaran bahawa tiada jaminan dalam bola sepak dan kami harus berjuang hingga akhir,” kata Ronaldo.

    “Langkah demi langkah, kini kami ke separuh akhir.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda