Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ronan Keating kembali ke Genting Highlands

    Kehangatan konsert artis luar negara masih berterusan dengan penyanyi pop Ireland iaitu Ronan Keating bakal menghiburkan peminat di Malaysia pada Ogos depan.

    Konsert Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 itu bakal diadakan pada 19 Ogos, pukul 8:30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting Highlands, Pahang.

    Ronan yang popular menerusi lagu When You Say Nothing At All bakal menghiburkan peminat dengan lagu-lagu nostalgianya pada konsert itu nanti.

    Ronan memulakan kariernya pada awal 90an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut. Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.

    Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini. Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk If Tomorrow Never Comes, Time After Time, Life Is A Rollercoaster dan This I Promise You.

    Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global.

    Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.

    Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser. – Agensi

    Ronan Keating bakal menghiburkan peminat di Malaysia pada Ogos depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...