Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rondon sertai Newcastle, Gayle ke West Brom

    LONDON, 7 Ogos – Newcastle United meningkatkan jentera serangan mereka dengan penandatanganan pemain antarabangsa Venezuela, Salomon Rondon (gambar) menerusi persetujuan pinjaman selama semusim dengan Dwight Gayle menyertai West Bromwich Albion.

    Rondon menjaringkan 24 gol dalam aksi Liga Perdana sejak menyertai Baggies tiga tahun lalu, tetapi tidak dapat menghalang penyingkiran West Brom ke Championship pada musim lalu.

    “Apabila kami melihat bagi pilihan di bahagian serangan, kami tahu bagaimana pentingnya pengalaman itu. Salomon berada dalam Liga Perdana sudah lama dan beliau tahu bagaimana kedudukan itu,” kata pengurus Newcastle, Rafael Benitez dalam kenyataan kelab itu.

    Gayle menyerlah dalam membantu Newcastle dinaikkan ke Liga Perdana pada 2016/17, tetapi menjaringkan enam gol dalam 35 kemunculan bagi kelompok teratas musim lalu.

    Benitez dan peminat Newcastle kecewa terhadap keengganan pemilik Mike Ashley untuk menyamai pesaing yang berbelanja besar dalam Liga Perdana yang berterusan bagi perpindahan jendela seterusnya ketika Ashley enggan untuk memenuhi harga yang diminta West Brom bagi pertukaran kekal.

    Bagaimanapun, Rondon merupakan pemain kelima musim panas ini selepas ketibaan Martin Dubravka, Kenedy, Ki Sung-yueng, Fabian Schar dan Yoshinori Muto.

    “Kedua-dua kelab sudah lama berbincang dan sekarang saya fokus untuk musim ini bagi membantu rakan sepasukan saya mendapatkan mata dan melakukan yang terbaik musim ini,” kata Rondon.

    “Ia adalah salah sebuah kelab terbesar dalam Liga Perdana dan saya tahu mengenai kepentingan pengurus, jadi saya gembira berada di sini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda