MANCHESTER, United Kingdom, 22 Ogos – Bintang Everton, Wayne Rooney berkata menjadi pemain kedua untuk menjaringkan gol ke-200 dalam Liga Perdana apabila menjaringkan gol dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 menentang Manchester City awal pagi tadi adalah kenangan manis.
Pemain berusia 31 tahun itu, yang menyertai bekas pemain pasukan England dan Newcastle United, Alan Shearer dalam menghasilkan gol ke-200, menambah bahawa dia pasti peminat-peminat dari bekas kelabnya, Manchester United juga menikmatinya.
Rooney menyertai semula Everton, kelab di mana dia menempah namanya ketika remaja, dari United pada akhir musim selepas kurang menjadi pemain pilihan di bawah kendalian Jose Mourinho.
“Ia adalah menarik,” Rooney, yang akan melakukan dengan baik untuk mengatasi jaringan Shearer, 260 gol, memberitahu Sky Sport.
“Untuk melakukannya hari ini dalam perlawanan yang penting bagi kami, dengan perlawanan-perlawanan penting akan hadir seterusnya, ia adalah kenangan indah dan saya pasti setengah dari Manchester juga menikmatinya.”
Rooney, yang juga menjaringkan gol dalam kemenangan perlawanan pembukaan mereka 1-0 ke atas Stoke City, berkata orang ramai tidak seharusnya terkejut, dia menguasai lebih banyak permainan dalam perlawanan itu berbanding rakan sepasukannya.
Kekurangan masa beraksi Rooney bersama United pada musim lalu menjejaskan tempatnya dalam skuad England, tetapi seorang akan dinamakan lewat minggu ini dan rentaknya awal musim, panggilan semula seharusnya satu kemungkinan.
“Saya menumpukan ke atas Everton,” kata Rooney apabila ditanya mengenai peluangnya untuk dipanggil semula.
Pengurus Everton, Ronald Koeman, yang berbelanja besar pada akhir musim, berkata dia menjangkakan kecemerlangan awal Rooney.
“Saya tidak terkejut mengenai Wayne Rooney,” Koeman memberitahu Sky Sports.
“Saya tahu bagaimana keinginannya untuk kembali ke Everton. Kami gembira dia telah kembali.” – AFP