Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Rooney dicalonkan pengurus Everton

    LONDON, 19 JAN – Pengurus Derby, Wayne Rooney disebut-sebut untuk kembali ke Everton selepas bekas bintang England itu dikagumi dengan cara mengendalikan pasukan meskipun kelab berdepan krisis kewangan di liga Kejohanan.

    Rooney tergolong antara calon utama untuk mengambil alih peranan di Goodison Park selepas Rafael Benitez dipecat pada Ahad lalu.

    Bekas pemain berusia 36 tahun itu mencipta namanya di Everton sebagai seorang remaja sebelum menyertai semula kelabnya dahulu berikutan dengan kegemilangannya di Manchester United.

    Dengan tempoh masa yang singkat sebagai seorang pengurus, Rooney telah menunjukkan bukti bahawa potensi untuk menjadi lebih daripada sekadar penenang kepada penyokong Everton yang geram dengan Benitez semasa dia mengendali pasukan tersebut.

    Dengan Derby yang kaya dengan sejarah, bekas pemain penyerang England itu tidak mungkin meminta tugasan pengurusan pertama yang lebih menakutkan apabila dia mengambil alih 12 bulan yang lalu selepas mula menyertai sebagai pemain dan jurulatih.

    Wayne Rooney berjaya menyelamatkan The Rams daripada penyingkiran semasa hari terakhir pada musim lalu.

    Tetapi Derby telah ditimpa masalah pada September lalu apabila kelab disahkan muflis, dengan pemilik, Mel Morris meminta maaf kepada penyokong.

    Setakat ini, Derby tidak berhasil mencari pembeli untuk kelab yang dikelilingi dengan hutang sebanyak AS$68 juta, di mana Rooney telah ditinggalkan untuk menguruskan masalah-masalah tersebut. – AFP

    Wayne Rooney disebut-sebut untuk kembali ke Everton selepas cara bekas bintang England itu dikagumi dengan mengendalikan pasukan dilanda krisis kewangan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...