Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Rooney kembali ke DC United sebagai jurulatih

    WASHINGTON, 11 JULAI – Bekas bintang Manchester United dan England, Wayne Rooney telah mencapai persetujuan bagi melatih pasukan Major League Soccer, DC United, yang mana dia pernah bermain untuk kelab tersebut antara 2018 dan 2019, menurut laporan media Amerika Syarikat kelmarin.

    Pemain berusia 36 tahun itu akan menyertai pasukan tersebut sebaik sahaja urusan visanya dimuktamadkan, lapor ESPN dan The Athletic.

    Seorang wartawan dari The Athletic juga dilaporkan telah memuat naik di Twitter foto Rooney semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di luar Washington kelmarin.

    Pemain Inggeris itu akan menggantikan pengurus dari Argentina, Hernan Losada, yang dipecat kerana mencatatkan keputusan buruk dalam hanya enam perlawanan pada musim ini. Pasukan itu juga gagal bangkit selepas pemergian Losada dan kini menduduki kedudukan kedua terakhir di Persidangan Timur dengan hanya mengumpul 17 mata dalam 17 perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...