Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rooney masih berbisa

    DAR ES SALAAM, Tanzania, 14 Julai – Wayne Rooney menandakan aksi kembalinya ke Everton dengan cukup cemerlang apabila menghadiahkan satu gol untuk menewaskan kelab Kenya, Gor Mahia 2-1 dalam perlawanan persahabatan, di sini, semalam.

    Penjaring terbanyak England itu muncul buat kali pertama sejak kembali ke kelab asalnya itu selepas berkhidmat selama 13 tahun di Manchester United.

    Rooney menceriakan penyokong menerusi satu jaringan menarik yang terhasil daripada percubaan jarak jauh sebelum Kieran Dowell menafikan gol penyamaan Jacques Tuyisenge sekali gus memastikan kemenangan buat Everton.

    Everton kini dalam siri jelajah ke benua berkenaan dalam pra-musim sebagai persiapan menghadapi musim baru Liga Perdana Inggeris dan pemilihan venue dibuat selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama firma dari Kenya, SportPesa sebagai penaja utama.

    Skuad Toffees sangat dialu-alukan oleh sejumlah besar penyokong bola sepak di Tanzania yang tidak sabar untuk melihat Rooney dan rakan sepasukannya selepas tiba di Dar es Salaam.

    Penyerang Everton, Wayne Rooney (dua kiri), diraikan oleh rakan sepasukannya selepas dia menjaringkan gol ke atas kelab Kenya, Gor Mahia dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Negara Dar es Salaam, Tanzania. Dalam perlawanan itu Everton menang tipis 2-1. – AP
    Penyerang Everton, Wayne Rooney (dua kiri), diraikan oleh rakan sepasukannya selepas dia menjaringkan gol ke atas kelab Kenya, Gor Mahia dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Negara Dar es Salaam, Tanzania. Dalam perlawanan itu Everton menang tipis 2-1. – AP

    Pada bulan Mei, Everton telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan tajaan selama lima tahun dengan SportPesa bagi menggantikan syarikat dari Thai, Chang.

    “Kami gembira untuk mengikat perjanjian komersial dengan syarikat yang bercita-cita tinggi dan makin meningkat.

    “Sejak daripada awal, kami kagum dengan perancangan syarikat itu. Selepas ini kami akan terus bekerja bersama untuk capai cita-cita,” kata Ketua Eksekutif Everton, Robert Elstone.

    SportPesa, yang dilihat mahu melebarkan sayapnya dalam Liga Perdana, mengukuhkan lagi hubungannya dengan bandar Liverpool apabila memindahkan ibu pejabat Eropahnya ke sana.

    Syarikat dari Kenya itu merupakan penaja jersi Hull City pada musim lepas, tetapi pasukan Tigers telah tersingkir dari saingan utama di akhir kempen 2016-17. SportPesa juga mempunyai kongsi sama dengan Arsenal dan Southampton. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda