Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rooney, Vieira disenarai dalam Hall of Fame EPL

    LONDON, 23 MAC – Pemain legenda Manchester United, Wayne Rooney dan bekas ketua pasukan Arsenal, Patrick Vieira hari ini secara rasmi disenaraikan dalam Hall of Fame Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Kedua-dua pemain tersebut adalah pemain kesembilan dan ke-10 yang dinamakan dalam kumpulan terpilih, menyertai David Beckham, Steven Gerrard, Dennis Bergkamp, Frank Lampard, Roy Keane, Eric Cantona, Thierry Henry dan Alan Shearer.

    Rooney, ketika ini merupakan pengurus pasukan Liga Kejohanan Derby, adalah pemain kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL, dengan 208 gol untuk Manchester United dan Everton.

    “Ia adalah penghargaan besar untuk saya untuk disenaraikan dalam Hall of Fame EPL, bersama-sama kumpulan pemain yang luar biasa yang sudah disenaraikan,” kata bekas penyerang berusia 36 tahun.

    “Sewaktu membesar, saya menyaksikan EPL sejak kecil. Impian saya adalah ingin menjadi pemain bola sepak profesional, menjaringkan gol, dan memenangi trofi. Saya bernasib baik untuk memenangi EPL lima kali.

    “Saya banyak kenangan indah sepanjang karier saya bermain untuk Everton dan Manchester United dan saya berbangga dengan apa yang saya kecapi,” kata Rooney. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...