Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Rory McIlroy rampas kembali gelaran juara dunia

    WASHINGTON, 24 OKT – Rory McIlroy memenangi Piala CJ dalam siri Jelajah PGA Amerika Syarikat untuk kembali menerajui ranking dunia buat kali kesembilan dalam kariernya.

    Tiga birdie lewat permainan memainkan peranan penting dalam kemenangan satu pukulan ke atas Kurt Kitayama di Kelab Golf Congaree itu selepas McIlroy membenam bogey di dua lubang terakhir.

    Juara major empat kali dari Ireland Utara itu kembali ke ranking teratas dunia buat pertama kali sejak Julai 2020, ketika dia dipintas Jon Rahm dari Sepanyol.

    Dia merampas semula kedudukan itu daripada pemain Amerika Syarikat, Scottie Scheffler, yang menamatkan saingan di tempat ke-45 selepas 30 minggu bergelar pemain nombor satu dunia.

    “Ia amat bermakna. Tahun lalu, kejohanan ini menjadi medan untuk saya bangkit semula seperti sekarang.

    “Saya mengharungi Piala Ryder yang sukar. Saya rasa saya berada di luar kelompok 10 terbaik dunia. Ia bukan kedudukan yang biasa buat saya,” kata McIlroy.

    McIlroy mempertahankan gelaran Piala CJ yang dimenanginya tahun lalu di Las Vegas. Kejohanan berkenaan dipindahkan dari Korea Selatan untuk tahun ketiga berturut-turut disebabkan kekangan perjalanan akibat pandemik COVID-19.

    Ia adalah gelaran Jelajah PGA ke-23 dalam kariernya dan satu lagi persembahan meyakinkan musim ini selepas memenangi Piala FedEx buat kali ketiga dan menamatkan keempat-empat kejohanan major dalam kelompok lapan terbaik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...