NEW YORK, 13 Jan – Pasukan New York Knicks mendenda Der-rick Rose sekitar AS$200,000 (188, 350 euro) bagi kehilangan misterinya, media AS melaporkan semalam.
Rose menjadi sensasi pada Isnin lalu apabila gagal untuk hadir bagi kekalahan pasukan Knicks 110-96 kepada New Orleans Pelicans.
The New York Post berkata dalam laporan semalam bahawa Rose didenda $193,844, 1/110 daripada gajinya yang bernilai $21.3 juta, yang menggambarkan formula yang digunakan oleh NBA bagi penggantungan satu perlawanan.
“Pasukan mengenakan denda kepadanya dengan jumlah yang besar, jumlah denda kerana tidak beraksi dalam satu perlawanan,” jurulatih Knicks, Jeff Hornacek yang dipetik sebagai berkata.
Rose membangkitkan kemarahan pengurusan pasukan Knicks selepas tidak hadir tanpa memaklumkan pegawai pasukan atau menjelaskan mengenai ketiadaannya.

Dia juga tidak menghiraukan panggilan daripada pegawai pasukan yang cuba untuk menjejakinya.
Dia kemudian menjelaskan dia telah membuat perjalanan bagi mengunjungi keluarganya di Chicago, yang berkata dia memerlukan ‘ruang’.
Rose kembali bersama pasukan pada Selasa lalu dan memohon maaf kepada rakan sepasukannya, jurulatih, presiden Phil Jack dan pengurus besar, Steve Mills.
“Apabila saya berada dalam bilik, saya fikir mereka faham saya dari mana,” kata Rose mengenai pengurusan Knicks.
Rose memberitahu wartawan menjelang kemenangan Knicks 104-98 ke atas bekas pasukannya, Chicago Bulls semalam di mana dia tidak merasa kesal untuk membuat perjalanannya yang tidak berjadual.
“Keluarga mengatasi segala-galanya,” katanya. – AFP