Rose komited bantu petugas tangani virus

LONDON, 5 APRIL – Pemain Newcastle, Danny Rose berkata dia bersedia untuk menyerahkan gajinya disebabkan oleh krisis koronavirus tetapi dia percaya bahawa pemain telah disasarkan secara tidak adil dalam isu pemotongan gaji Liga Perdana Inggeris.

Kelab-kelab telah mengadakan perbincangan bersama dengan wakil pemain kelmarin mengenai kombinasi pemotongan gaji dan pemindahan sejumlah 30 peratus dari gaji tahunan.

Ia dibuat selepas Liverpool menjadi kelab terkini untuk membenarkan kakitangan dari bercuti dan Burnley memberi amaran bahawa mereka akan mengalami kerugian sebanyak £50 juta jika ia tidak dapat menghabiskan musim ini.

Pemain bintang Liga Perdana Inggeris, yang masa ini tidak beraksi disebabkan oleh pandemik global, telah dikritik selepas beberapa buat kelab membenarkan kakitangan untuk bercuti tetapi gaji pemain tidak terganggu.

Rose, yang dalam pinjaman ke Newcastle United dari Tottenham, memberitahu BBC: “Kami berminat untuk melakukan sesuatu.

Pemain Newcastle United, Rose, bersedia menyerahkan gajinya disebabkan oleh krisis koronavirus tetapi dia percaya bahawa pemain telah disasarkan secara tidak adil dalam isu pemotongan gaji Liga Perdana Inggeris. – AFP

“Saya hanya boleh bercakap untuk diri saya tetapi saya tidak mempunyai masalah untuk menyumbangkan gaji saya untuk orang ramai yang bertarung untuk ini di bahagian hadapan dan mereka yang telah terjejas oleh apa yang sedang berlaku ketika ini.”

Jumaat lalu sebuah hospital di London telah mengenal pasti Rose sebagai individu yang memberikan sumbangan sebanyak £19,000.

“Kami rasa ditekan,” Rose berkata.

“Perbincangan telah dilakukan sebelum orang luar dari bola sepak memberikan komen.

“Saya telah bercakap dengan Jordan Henderson melalui panggilan telefon dan dia bekerja keras untuk melakukan sesuatu.” – AFP