MIAMI, 30 Jan – Pemain nombor satu dunia, Justin Rose, yang mencatatkan kejayaan di Torrey Pines dan juara bertahan, Rory McIlroy disenaraikan sebagai peserta awal dalam kejohanan Arnold Palmer Invitational ke-41, tahun ini.
McIlroy yang kini di ranking kelapan dunia, yang juga juara empat kali dari Ireland Utara, pernah menjulang gelaran PGA Amerika Syarikat (AS) di Bay Hill, Orlando tahun lalu, telah mencatatkan lapan bawah par 64 pada Ahad lalu untuk menewaskan Bryson DeChambeau dari AS setelah merakamkan tiga strok.
McIlroy menggelar kejayaan itu, yang ke-14 dalam Jelajah PGA AS, salah satu kejayaan paling bermakna sepanjang kerjayanya dan bersedia untuk mengulangi pada kejohanan yang akan diadakan pada 4 sehingga 10 Mac, permulaan kali keempat buatnya di Bay Hill.
“Jelas kejayaan tahun lepas adalah yang paling menarik atas banyak sebab. Saya berbangga untuk kembali ke lapangan Palmer sebagai juara bertahan dan bersedia bagi minggu golf yang hebat dan terus menghormati legenda kejohanan,” kata McIlroy. – AFP

































