Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rose terganggu dengan kecaman lagu ‘APT’

    Kejayaan single terbaharu Rose Blackpink berjudul APT yang meraih populariti di seluruh dunia lebih banyak menganggu emosinya.

    Ia susulan lagu duet bersama penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Bruno Mars mendapat pelbagai kecaman yang menganggap karya tersebut tidak berfaedah dan memberi kesan negatif kepada pendengar khususnya golongan kanak-kanak.

    Rose atau Roseanne Park, 27, memberitahu dia membaca semua komen tidak baik dilemparkan kepadanya dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi.

    “Saya sedar saya terlalu obses dengan dunia maya (atas talian).

    “Saya ingin disayangi dan difahami, saya benci dengan apa yang berlaku ke atas diri saya,” katanya.

    Dalam pada itu, Rose berkata, dia perlu berpura-pura menjadi seorang yang kuat di khalayak ramai agar kelihatan normal.

    “Walaupun seperti sekarang ini, orang lain melihat saya seperti tiada masalah tapi itu tidak benar, setiap perkataan dan komen itu menghancurkan perasaan saya,” ujarnya.

    Untuk rekod lagu nyanyian Rose dan Bruno Mars, 39, ini dilancarkan pada 18 Oktober lalu telah mencapai hampir 270 juta tontonan di YouTube. – Agensi

    Rose akui tertekan baca komen negatif. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda